Kisah Lobak, Telur dan Kopi
Author: ............ Labels:: BUDI BAHASA BUDAYA KITA
Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana hendak menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehdupan. Si anak sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.
Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Dia mengisi tiga periuk dengan air dan meletakkannya di atas api. Setelah air di dalam ketiga-tiga periuk tersebut mendidih, Si ayah memasukkan lobak merah ke dalam periuk pertama, telur ke dalam periuk kedua dan ia memasukkan serbuk kopi ke dalam periuk terakhir. Si ayah membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya.
Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Dia menyisihkan lobak dan meletakkannya ke dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya ke dalam mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi ke dalam lainnya. Lalu dia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?" "Lobak, telur, dan kopi" jawab si anak.
Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasa lobak itu. Si anak melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, ia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk merasa kopi itu . Dia tersenyum ketika menghirup kopi dengan aromanya yang khas.
Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, Ayah?" Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan enak. Telur sebelumnya mudah pecah. Cangkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cecair. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.
"Kamu termasuk yang mana?," tanya ayahnya. "Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui... Ketika kesukaran dan kesulitan melanda dirimu, bagaimana kamu menghadapinya? Adakah kamu lobak, telur atau kopi?"
Bagaimana dengan anda?
Adakah anda adalah lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatan anda.
Atau... Adakah kamu telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamik? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian atau kegagalan menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi adakah kamu menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?
Ataukah kamu adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksima pada suhu 100 darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat. Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, kamu akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitarmu juga menjadi semakin baik.
Dipetik daripada : www.pahangcommunity.com
Hamid.... Oh...Hamid.....
Author: ............ Labels:: BUDI BAHASA BUDAYA KITA
Sampai sahaja di rumah Midah, Hamid pun bersembang-sembang lebih kurang dengan Midah. Tiba-tiba singgah pula Kereta Proton Saga lama warna merah. Pemandu kereta tersebut memapah turun pakcik tersebut dengan tangan berbalut, kepala benjol sedikit di dahi. Midah terus menjerit............abahhhhhhhhhhh!!!!!
Cuba anda habiskan cerita ini. Bagaimana agaknya nasib Hamid selepas ini...... =)
Nostalgia Permainan Zaman Kanak-kanak
Author: ............ Labels:: BUDI BAHASA BUDAYA KITA
Melalui topik ini disenaraikan beberapa permainan zaman kita kecil kecil dahulu dan ada di antaranya sudah tidak dimainkan lagi oleh kanak-kanak zaman sekarang.
1.Pistol Api
2.Combat Senapang - buah terung
3.Main Guli
4.Lastik
5.Jentik Tudung oren
6.Main Getah Gelang
7.Gasing
8.Layang layang
9.Ziro Fen
10.Cari Ikan Laga/Ikan Karin
11.Mandi Sungai - terjun tarzan
12.Main masak-masak
Jemput berkongsi pengalaman berkaitan permainan zaman kanak-kanak anda....selamat berkongsi.
Dipetik dan diubahsuai daripada : www.pahangcommunity.com
Petua Pergaulan Sosial
Author: ............ Labels:: BUDI BAHASA BUDAYA KITA
Petua2 pergaulan sosial yang baik
1. Biasakan diri untuk mengingati nama-nama orang.Memanggil seseorang dengan namanya yang betul membuatkan mereka merasai dihormati serta dihargai.
2. Berilah pujian dan penghargaan dimana sesuai kerana semua ini akan membawa kesan yang positif. Sebaliknya jika kritikan sahaja yang diberi ia membawa kesan yang negatif dan boleh menjejaskan perhubungan.
3. Tetapi sekiranya dirasakan perlu membuat kritikan, ‘belailah’ terlebih dahulu samada secara fizikal atau psikologi.
4. Sentiasa memberi senyuman yang ikhlas.Senyuman ikhlas yang diberi sudah tentu dapat menyenangkan hati pihak yang satu lagi.
5. Setiap orang ada pandangan serta pendapat masing-masing tentang sesuatu perkara. Jadi hormatilah pandangan mereka
6. Apabila berinteraksi dengan orang lain tunjukkan minat dan kesungguhan supaya orang lain merasakan diri mereka penting.Pandang ke muka atau mata bila bercakap kepada seseorang.
7. Penting juga bagi seseorang itu berbaik sangka terhadap orang lain. Jangan fikirkan semua orang tidak baik.
8. Sentiasalah peka kepada perubahan perasaan orang lain.Jangan asyik nak bercakap saja tetapi perhatilah kepada perubahan angin. Kalau mesejnya cukuplah tu, jadi berhenti lah bercakap supaya orang tidak bosan.
9. Berilah penghargaan setiap kali orang lain melakukan sesuatu untuk kita hatta kepada suami/isteri sendiri atau kpd anak-anak seperti ucapan terima kasih dan sebagainya.Saya rasa aspek ini kurang diberi perhatian oleh pasangan mungkin malu atau bimbang dikatakan mengada-ngada.
10.Tunjukkan kita mengambil berat terhadap orang lain melalui tindakan,dan juga pertuturan.seperti jaga diri dan sebagainya.
11.Menegur sapa orang lain dengan memberi salam atau ucapan selamat pagi dan sebagainya dengan bersungguh2.Bila bersalam tengok ke muka atau mata .
12.Jadilah diri kita seorang pendengar yang baik dengan memberi perhatian kepada apa yang diucapkan oleh orang lain.
13.Elok sangat semasa perbualan untuk meminta pendapat dan pandangan orang lain kerana dengan berbuat begini seseorang itu merasakan diri dan pandangannya penting .
14.Untuk menimbulkan kemesraan dan perasaan selesa pandai2lah membuat atau menerima gurauan.
15.Buang prasangka buruk terhadap seseorang.Anggaplah sebarang keanehan dan keunikan sebagai perkara biasa yang perlu dihormati.
16.Bila dikritik bersabarlah dan jangan mudah melenting.Di sinilah akan tergambar kekuatan peribadi seseorang nanti.
17.Apabila kita bercakap biarlah beralas.ini akan menampakkan kebijaksanaan dan kematangan seseorang itu.
18.Jangan bebankan masalah kita ke atas bahu orang lain kerana kalau kerap sangat dibuat begitu orang akan menjauhkan diri dari kita.
19.Beradalah pada jarak yang sesuai apabila bercakap dengan seseorang. Ada orang memerlukan ruang yang lebih luas berbanding orang lain. Kalau tidak mereka akan merasa rimas.
Itu lah antara beberapa petua yang patut diberi perhatian dalam pergaulan sosial.kita sehari2. Jika semua ini dapat diamalkan seseorang itu akan lebih disenangi untuk didampingi dan dijadikan kawan baik. Selamat mencuba.
SUMBER:
http://mohdandmeriam.blogspot.com/
www.pahangcommunity.com
Peribahasa
Author: ............ Labels:: PERIBAHASAPERIBAHASA | MAKSUD |
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat | Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat. |
Darah daging | Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri. |
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing | Maksud : mengalami susah senang bersama-sama. |
Meninggi diri | Maksud : Sombong |
Bermuka dua | Maksud : Tidak jujur |
Baik hati | Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong). |
Tulang belakang | Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan |
Bara yang digenggam biar sampai jadi arang | Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan. |
Bagai kaca terhempas ke batu | Maksud : Sangat sedih atau kecewa. |
Melentur buluh biarlah dari rebungnya | Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi. |
Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi | Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat |
Seperti lembu dicucuk hidung | Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang |
Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing | Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu. |
Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air | Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh. |
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas | Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh. |
Bagai aur dengan tebing | Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu. |
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri | Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi. |
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai | Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah |
Indah khabar daripada rupa | Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan. |
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah | Maksud : Pengagihan yang sama banyak. |
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni | Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama. |
Kacang lupakan kulit | Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan. |
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung | Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal. |
Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak | Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan |
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua | Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya |
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya | Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah |
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian | Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari. |
Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang | Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha |
Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit | Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. |
Bak cendawan tumbuh selepas hujan | Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa. |
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. | Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat. |
Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran | Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula. |
Biar mati anak, jangan mati adat | Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat. |
Sediakan payung sebelum hujan | Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana. |
minit mesyuarat
Author: ............ Labels:: PENULISAN.- Uc Ucapan alu-aluan pengerusi majlis
- Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat yang lalu
- Perkara berbangkit
- Perkara yang ditetapkan dalam agenda
- Hal-hal lain
- Ucapan penutup/penangguhan oleh pengerusi
- Tandatangan pencatat (setiausaha)
- Tandatangan penyemak/pengerusi mesyuarat
( Catatkan nama mesyuarat )
Bil.................. Tahun................
Tarikh :
Masa :
Tempat:
HADIR
( Senaraikan nama ahli-ahli yang menghadiri mesyuarat berkenaan, bermula dengan nama Pengerusi mesyuarat. Susunan nama ahli-ahli mesyuarat yang hadir hendaklah mengikut kekananan ).
HADIR BERSAMA.
( Senaraikan nama-nama pegawai yang bukan merupakan ahli, tetapi dijemput khas untuk menghadiri mesyuarat atau telah turut sama menghadiri mesyuarat berkenaan. Susunan nama hendaklah mengikut kekananan ).
URUSETIA
( Senarai nama pegawai-pegawai yang menjadi urusetia mesyuarat. Susunan nama hendaklah mengikut kekananan ).
1. PERUTUSAN Y.BHG. PENGERUSI.
Ruangan ini mengandungi catatan mengenai perkara-perkara penting yang telah dibangkitkan oleh Pengerusi mesyuarat. Perkara-perkara penting ini tidak semestinya dibangkitkan semasa mesyuarat membincangkan perkara-perkara berbangkit atau semasa membincangkan kertas-kertas kerja atau di akhir mesyuarat.
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT.
Catatan keputusan minit mesyuarat yang lepas iaitu sama ada disahkan tanpa pindaan atau disahkan tertakluk kepada pindaan-pindaan tertentu.. Jika ada pindaan, menyatakan menyatakan pindaan-pindaan berkenaan.
3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT.
Ruangan ini mengandungi catatan mengenai perkara-perkara yang dibangkitkan di dalam mesyuarat yang lepas.
Tajuk utama perkara-perkara yang dibincangkan hendaklah dicatatkan. Untuk memudahkan rujukan dibuat. muka surat dan perenggan minit mesyuarat yang lepas yang membincangkan perkara yang sama hendaklah dicatatkan.
Jika perkara-perkara berbangkit itu masih memerlukan tindakan, catatkan juga agensi atau pegawai yang perlu mengambil tindakan.
4. PERBINCANGAN KERTAS-KERTAS KERJA.
Bagi mensyuarat-mesyuarat tertentu, beberapa kertas kerja dibentangkan untuk perbincangan. Perkara-perkara yang perlu direkodkan di dalam ruangan ini ialah:
(a) Tajuk kertas kerja berkenaan;
(b) Agensi yang menyediakan kertas kerja berkenaan;
(c) Tujuan utama kertas kerja disediakan;
(d) Isu-isu penting yang dibangkitkan di dalam kertas kerja berkenaan;
(e) Pandangan/komen ahli-ahli mesyuarat berkenaan isu-isu yang dibangkitkan di dalam kertas kerja berkenaan; dan
(f) Keputusan mesyuarat mengenai isu-isu yang dibangkitkan serta tindakan-tindakan susulan diambil seterusnya.
5. HAL-HAL LAIN
Ruangan ini merekodkan perkara-perkara lain yang dibincangkan di dalam mesyuarat, yang peda mulanya tidak termasuk di dalam agenda mesyuarat.
6. PENUTUP
Ruangan ini merekodkan perkara-perkara seperti:
(a) Bila mesyuarat itu tamat atau ditangguhkan.
(b) Ucapan terima kasih daripada Pengerusi mesyuarat; dan
(c) Catatan mengenai tarikh mesyuarat akan datang jika tarikhnya telah ditentukan.
Urusetia.
( Catatkan nama agensi/bahagian/unit yang bertanggungjawab dalam mengurusetiakan mesyuarat ).
Tarikh
( Catatkan tarikh minit mesyuarat berkenaan disediakan )