SUATU PENGENALAN
Author: ............ Labels:: TATABAHASAkenapa pelajar suka tidur dalam kelas dan tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas??
sebab...proses pengajaran dan pembelajaran yang agak membosankan.
kalau guru bercakap di hadapan...murid tidur di belakang...huhuhuhu...
Jadi kita perlu libatkan pelajar dalam proses PNP.
gunakan apa yang ada disekeliling kita untuk menjadikan proses PNP lebih menarik dan menyeronakkan
Cikgu seronok....murid pun seronok...
Kami ingin berkongsi apa yang dikatakan tentang media dalam pengajaran bahasa Melayu dan dan berkonsi idea mengenai bahan yang boleh digunakan dalam proses PNP.
Mari kita selongkar.......
MEDIA
kata media berasal daripada perkataan latin iaitu medium yang membawa maksud perantara atau pengantar.
media merupakan alat yang dipakai sebagai saluran (channel) untuk menyampaikan pesan (message) atau informasi dari sumber (resource) kepada penerima (receiver).
Media adalah segala benda yang dimanipulasi, dilihat, didengar, dibaca atau dibicarakan untuk sesuatu kegiatan.
contoh bahan media ialah filem, radio, televisyen, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer dan sebagainya.
Pengkelasan bahan media
- media tayang kaku - transperansi, slaid
- media tayang bergerak- pita video, filem
- bahan grafik- lukisan, poster, kartun, carta
- gambar kaku- gambar foto, kad imbasan
- bahan pameran 3D - model, boneka, pupet
- papan pameran - papan kapur, papan putih, papan buletin
- media audio- pita kaset, komputer
- media cetak- modul, buku, majalah, risalah