minit mesyuarat

Author: ............ Labels::

Minit mesyuarat ialah laporan mengenai perkara yang dibincangkan atau diputuskan dalam sesuatu  
   mesyuarat.
-  Minit mesyuarat penting kerana minit merupakan sumber rujukan masa hadapan
-  Format minit lazimnya, disusun mengikut agenda mesyuarat dan perlu kelihatan kemas dan teratur
-  Penyediaan minit mesyuarat perlu mengambil kira hal-hal yang berikut :
   Butiran tentang mesyuarat
         - Nama mesyuarat
         - Bilangan kali mesyuarat
         - Tarikh
         - Masa
         - Tempat
         - Dokumen
         - Bahan bertulis untuk dibincangkan atau dijadikan bahan rujukan utama (jika ada)
         - Senarai Kehadiran
         - Senarai lengkap anggota yang hadir penting bagi pengesahan minit dan pandangan mereka 
           sama ada sah atau tidak.  



nIsi M        ISI MINIT MESYUARAT
IUcapan 



  1. Uc             Ucapan alu-aluan pengerusi majlis
  2.                  Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat yang lalu
  3.                  Perkara berbangkit     
  4.                  Perkara yang ditetapkan dalam agenda
  5.                  Hal-hal lain
  6.                  Ucapan penutup/penangguhan oleh pengerusi
  7.                  Tandatangan pencatat (setiausaha)
  8.                  Tandatangan penyemak/pengerusi mesyuarat
                
PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
    1.   Pengerusi mengarah setiausaha membaca minit mesyuarat 
     2.   Minit disemak dengan teliti oleh ahli yang hadir
     3.   Pembetulan dibuat terhadap ejaan dan fakta (jika terdapat kesalahan)
     4.   Semua pembetulan mesti ditandatangani oleh pengerusi pada tempat salah
     5.   Perkara berbangkit – laporan sebarang tindakan dan keputusan yang terakhir secara ringkas.
     6.   Minit juga menyentuh tindakan susulan yang perlu diambil oleh jabatan atau institusi atau 
           pegawai yang berkenaan 
     7.   Mencatat hal-hal lain dan perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat
    8.  Setelah disahkan dan mendapat cadangan dan sokongan, pengerusi menandatangani minit 
          pada tempat yang disediakan 

CIRI-CIRI MESYUARAT YANG BAIK
     1.  Penulisan minit mesyuarat hendaklah ringkas, tepat dan padat, laras bahasanya bersifat formal-
           menggunakan kata dan ungkapan bahasa rasmi.
      2. Semasa menulis minit mesyuarat, ayat yang digunakan perlu menggambarkan keputusan yang
          dibuat berdasarkan persetujuan anggota mesyuarat.

   -  Gaya bahasa berbentuk ungkapan- kata-kata tertentu yang dijadikan ungkapan khusus seperti :
     Ungkapan mengesahkan atau disahkan diikuti tanpa sebarang pindaan.  
   -  Sesuatu ketetapan mesyuarat dilaporkan dengan ungkapan seperti yang berikut :
                Bersetuju atau menolak
                Meluluskan atau tidak meluluskan
                Memperakukan atau tidak memperakukan 

    -  Ayat (bahasa) dalam minit mesyuarat berbentuk ayat berlapis, iaitu satu ayat utama dan ayat
       tambahan yang dihubungkan dengan ungkapan seperti yang berikut :
               Bahawa, supaya dan yang  
   
   -  Dalam hal-hal yang memerlukan tindakan, nama atau jawatan orang yang dipertanggungjawabkan
      perlu dicatatkan (lihat contoh minit mesyuarat)
   -  Waktu ditangguhkan mesyuarat perlu dicatatkan dalam minit mesyuarat -  bukan ditamatkan
      kerana mesyuarat akan disambung pada masa akan datang, melainkan mesyuarat itu kali yang
      terakhir. Contohnya :
  -  Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30.petang. 
   -  Pada bahagian akhir / penutup mesyuarat, dicatat nama dan jawatan orang yang mengesahkan 
      minit itu, iaitu pengerusi dengan persetujuan  anggota mesyuarat.





FORMAT MINIT MESYUARAT

MINIT MESYUARAT....................
( Catatkan nama mesyuarat )

Bil.................. Tahun................

Tarikh :

Masa :

Tempat:

HADIR
( Senaraikan nama ahli-ahli yang menghadiri mesyuarat berkenaan, bermula dengan nama Pengerusi mesyuarat. Susunan nama ahli-ahli mesyuarat yang hadir hendaklah mengikut kekananan ).

HADIR BERSAMA.
( Senaraikan nama-nama pegawai yang bukan merupakan ahli, tetapi dijemput khas untuk menghadiri mesyuarat atau telah turut sama menghadiri mesyuarat berkenaan. Susunan nama hendaklah mengikut kekananan ).

URUSETIA
( Senarai nama pegawai-pegawai yang menjadi urusetia mesyuarat. Susunan nama hendaklah mengikut kekananan ).

1. PERUTUSAN Y.BHG. PENGERUSI.
Ruangan ini mengandungi catatan mengenai perkara-perkara penting yang telah dibangkitkan oleh Pengerusi mesyuarat. Perkara-perkara penting ini tidak semestinya dibangkitkan semasa mesyuarat membincangkan perkara-perkara berbangkit atau semasa membincangkan kertas-kertas kerja atau di akhir mesyuarat.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT.
Catatan keputusan minit mesyuarat yang lepas iaitu sama ada disahkan tanpa pindaan atau disahkan tertakluk kepada pindaan-pindaan tertentu.. Jika ada pindaan, menyatakan menyatakan pindaan-pindaan berkenaan.

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT.
Ruangan ini mengandungi catatan mengenai perkara-perkara yang dibangkitkan di dalam mesyuarat yang lepas.
Tajuk utama perkara-perkara yang dibincangkan hendaklah dicatatkan. Untuk memudahkan rujukan dibuat. muka surat dan perenggan minit mesyuarat yang lepas yang membincangkan perkara yang sama hendaklah dicatatkan.
Jika perkara-perkara berbangkit itu masih memerlukan tindakan, catatkan juga agensi atau pegawai yang perlu mengambil tindakan.

4. PERBINCANGAN KERTAS-KERTAS KERJA.
Bagi mensyuarat-mesyuarat tertentu, beberapa kertas kerja dibentangkan untuk perbincangan. Perkara-perkara yang perlu direkodkan di dalam ruangan ini ialah:

(a) Tajuk kertas kerja berkenaan;
(b) Agensi yang menyediakan kertas kerja berkenaan;
(c) Tujuan utama kertas kerja disediakan;
(d) Isu-isu penting yang dibangkitkan di dalam kertas kerja berkenaan;
(e) Pandangan/komen ahli-ahli mesyuarat berkenaan isu-isu yang dibangkitkan di dalam kertas kerja berkenaan; dan
(f) Keputusan mesyuarat mengenai isu-isu yang dibangkitkan serta tindakan-tindakan susulan diambil seterusnya.

5. HAL-HAL LAIN
Ruangan ini merekodkan perkara-perkara lain yang dibincangkan di dalam mesyuarat, yang peda mulanya tidak termasuk di dalam agenda mesyuarat.

6. PENUTUP
Ruangan ini merekodkan perkara-perkara seperti:
(a) Bila mesyuarat itu tamat atau ditangguhkan.
(b) Ucapan terima kasih daripada Pengerusi mesyuarat; dan
(c) Catatan mengenai tarikh mesyuarat akan datang jika tarikhnya telah ditentukan.
Urusetia.
( Catatkan nama agensi/bahagian/unit yang bertanggungjawab dalam mengurusetiakan mesyuarat ).

Tarikh
( Catatkan tarikh minit mesyuarat berkenaan disediakan )

        

0 pandangan |

Sajak

Author: ............ Labels::

Jalan ini

Jalan ini,
Adakah benar ini jalanku,
Jalan yang ingin ku lalu,
Jalan yang terbaik untukku,

Aku pernah bertanya,
Apa yang menanti di penghujung jalan ini,
Mampukah aku temui sinar,
Kerana yang ku lihat hanya samar,

Bukan kerana mimpi aku ke mari,
Tapi kerana janji aku turuti,
Api, air, awan, pelangi,
Semuanya bersatu menjadi satu,

Samar yang ku lihat,
Semakin ku amati semakin dekat,
Ku lepas, pasrah,
Tali kemudiku rebah,

Ku bangkit lagi,
Menggenggam janji-janji,
Biar tali kemudiku rebah,
Tapi aku tak pernah gundah,

Sinar yang ku cari,
Ku pasti patahnya tumbuh hilang berganti,
Hingga satu saat ku lihat,
Ku sedar mengapa harus ku perah keringat,



Bunga

Bunga itu cantik,
Bunga itu segar,
Bunga itu wangi,
Bunga itu putih warnanya,

Ia masih kecil,
Masih belum mekar,
Putiknya masih kuncup,
Belum terbuka luas,

Kadangkala serangga hinggap di atasnya,
Ulat pun begitu juga,
Sedikit demi sedikit putik itu dimakannya,
Berlubang-lubang,
Sudah tidak segar lagi,

Putik yang cantik menjadi kering,
Terkulai layu,
Tak akan mekar lagi,
Lebah pun tak akan menghisap madunya,
Akhirnya gugur sendiri,
Tidak dipeduli,



Bumiku

Pagi ini kulihat begitu indah,
Kehijauan, kedamaian, awan berarak perlahan,
Tetapi sampai bila kedamaian ini akan kita kecapi,
Bencana alam semakin hari semakin menghantui manusia,
Adakah ini disebabkan oleh kesilapan manusia,
Atau sekadar teguran tuhan yang maha esa


nukilan : Aishah

0 pandangan |

Pantun

Author: ............ Labels::

Anak kucing berlari-lari,
Burung tiung patah sayapnya,
Marilah kita hidup harmoni,
Dokonglah konsep 1 Malaysia,

Rendangnya beringin daunnya lebat,
Tiupan angin melambai-lambai,
Bangsa Malaysia memangnya hebat,
Tiada pernah bercerai-berai,

Kalau diduga tingginya awan,
Tidak tercapai dek pancaindera,
Kalau bersatu menjadi kawan,
Pastilah makmur damai negara,

Jernihnya air ditepi kali
Ramainya pengunjung mandi-manda
Mari kita bersatu hati
Menyahut seruan 1 malaysia

Jangan diusik sarang tebuan,
Kalau dijolok jatuh ke tanah,
Budaya unik jadi tumpuan,
1 Malaysia bangsa berhemah,

 Bersusah payah mencari rezeki,
Pagi menoreh, malam mendulang,
Tolong-menolong bersatu hati,
Rakyat Malaysia rakyat terbilang,

Bukan kata penyubur budi,
Tetapi hati banyak berjasa,
Kerana apa kita berbakti,
Demi menjana 1 Malaysia,

Bunga kertas berwarna ungu
Merah sekali si bunga raya
Semua kaum bersatu padu
Hidup harmoni aman sejahtera

Hang Tuah Laksamana Melaka,
Ingin merisik si Gunung Ledang,
Bersatu rakyat kerana bahasa,
Semakin hari semakin sayang,

Burung kenyalang di jelapang padi,
Terbang hinggap di pohon jambu,
Sesama rakyat menabur budi,
Moga hidup bersatu padu,

 Jangan kerana nila setitik,
Habis rosak susu sebelanga,
1 Malaysia bangsa yang cerdik,
Ambil yang baik buang keruhnya,

Sungguh indah si bunga melati,
Menjadi hiasan si leher jinjang,
Nasi lemak, dim sum dan kari,
Menjadi santapan rakyat berbilang,

Buah sawit jadinya minyak,
Susu getah jadinya tayar,
Rakyat Malaysia kaumnya banyak,
Teguh harmoni kerana benar,

Gagasan baru 1 Malaysia,
Sampai ke telinga tuan dan puan,
Bukan hanya mendengar saja,
Jadikan ia satu pegangan,

Lahirnya seorang menteri,
Asalnya dari seorang guru,
1 Malaysia menjana transformasi,
Kerana rakyat negara maju,

 Biar di mana bumi dipijak,
Tetap di situ langit dijunjung,
Biar di mana kita berpihak,
1 Malaysia tetap disanjung,

Sang bunga rindukan kumbang,
Sang pungguk rindukan bulan,
Rakyat cemerlang, gemilang, terbilang,
Kerana muafakat dalam kehidupan,

Buah hati jadi pujaan,
Sambil lalu kirimkan salam,
1 Malaysia kita terapkan,
Buat pedoman seluruh alam,

Buah nangka masaknya kuning,
Menjadi santapan seisi keluarga,
Jangan pernah kita berpaling,
Teguhkan perpaduan bersama-sama,

Sayang-sayang si anak dara,
Sayang lagi bawak ke hati,
Ikatan bangsa dipelihara,
Dari generasi ke generasi,

 Pengorbanan itu  satu ibadah,
Terserlah semangat kejujurannya,
Hidup masyarakat beramah-tamah,
Malaysia tercinta unggul namanya,

Biarlah ilmu jadi pelita,
Menerangi hidup hingga ke syurga,
Genggamlah semangat 1 Malaysia,
Biar bersatu hidup bahagia,

Mencari rezeki biarlah berkat,
Sambil mencari keredhaanNya,
Bekerjasama hidup muafakat,
Sesama bangsa hubungan dibina,

Kalau memetik bunga di taman,
Pilih yang cantik berbau harum,
Kalau mendamba hidup yang aman,
Pakat berpadu semua kaum,

Berlari-lari anak,
Berkejar-kejar ke hulu,
Jangan hidup berpuak-puak,
Marilah kita berganding bahu,

 Manis sama dirasa,
Pahit sama diluah,
Bercerai kita binasa,
Bersatu kita bertuah,

Pohon beringin daunnya rendang,
Anak raja main buaian,
Marilah kita berkasih sayang,
Sesama kaum kita eratkan,

Ikan kaloi dalam telaga,
Lalu dijala masakkan gulai,
Bersatu hati, jiwa dan raga,
Jika tidak bangsa terkulai.

Mangga muda kelat dimakan,
Sedap dicicah bersama gula,
Tolong menolong jadikan amalan,
Rakyat muafakat pemangkin negara,

Tangan mengambil tangan memberi,
Tangan yang sama bersalam-salaman,
1 Malaysia amanat menteri,
Menjadi penggerak menuju wawasan.

 Pucuk paku daun mengkudu,
Masak lemak cili api,
Rakyat Malaysia bersatu padu,
1 Malaysia kita hayati.

Musim tengkujuh penuh gelombang,
Putus rezeki kampung nelayan,
Jika bersatu tak akan tumbang,
Nescaya hidup bertambah aman.

Dara sunti pujaan ramai,
Jalan melenggang tersenyum-senyum,
Negara Malaysia aman dan damai,
Kerana perpaduan berbilang kaum.

Anak teruna putus kasihnya,
Membawa diri di pinggir kali,
Dengarlah ini satu Malaysia,
Satu gagasan penuh bererti.

Bunga raya bunga kebangsaan,
Berkibar megah jalur gemilang,
Marilah kita pesan berpesan,
Kerana perpaduan negara terbilang,

 Anak jantan darahnya panas,
Kalau dicabar menjadi-jadi,
Tolong-menolong hati yang ikhlas,
Sesama kaum kita hormati,

Pukul lima pergi ke pasar,
Pukul enam balik semula,
Amanat menteri memangnya besar,
Tak lain tak bukan 1 Malaysia.

Budak-budak makan budu,
Dicicah bersama dengan keropok,
Kalau anda ingin tahu,
1 Malaysia tak akan lapuk,

Berjuang pahlawan di medan perang,
Sanggup berkorban bermati-matian,
Niat yang baik jangan dihalang,
Berbilang kaum kita satukan,

Sungguh cantik warna belalang,
Hinggapnya hanya di daun keladi,
Jangan pernah jadi petualang,
Lebih baik bersatu hati,

 Kakak tua bijak bestari,
Pandai meniru bicara manusia,
1 Malaysia gagasan lestari,
Demi membina negara bangsa,

Kura-kura berjalan lambat,
Arnab pula bersikap sombong,
Perpaduan kaum haruslah kuat,
Setiap bangsa sokong-menyokong,

Indah sungguh sinar pelangi,
Ramah menyapa selepas hujan,
Bangsa bersatu teguh berdiri,
Seluruh dunia jadi sebutan,

Gagahnya paglima kerana lembing,
Tergurisnya rasa kerana bahasa,
Bersama usaha kita gembling,
Menuju gagasan 1 Malaysia,

Siulan seruling memecah sunyi,
Merdu menerpa dinginnya malam,
Keamanan negara kita nikmati,
Hulurkan tangan sambutlah salam,

 Anggun ayu kuntuman bunga,
Menjadi risikan kumbang idaman,
Bersatu hati seia sekata,
Menjadi ikutan zaman berzaman,

Teguh karang di badai gelombang,
Punah resah dihambat duka,
Rasa kasih bukan kepalang,
Bangsa Malaysia bangsa tercinta,

Biar bibir mengukir bicara,
Jangan telinga menjadi tuli,
Katakan kasih sayangkan negara,
1 Malaysia sebagai bukti,

Buah belimbing di atas para,
Ambil pisau tolong potongkan,
Perdana menteri selalu bicara,
Bersatu padu eratkan hubungan,

Suara camar bernyanyi-nyanyi,
Angin bertiup datang menyapa,
Rakyat Malaysia bermotivasi,
Menyahut seruan 1 Malaysia.



nukilan : Aishah





0 pandangan |

TEKA SILANG KATA

Author: ............ Labels::

uji minda kita!!!!!!!!
klik di sini

0 pandangan |

koleksi soalan

Author: ............ Labels::

tambahkan lagi kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan berikut:
set soalan 1
set soalan 2

0 pandangan |

soalan-soalan bahasa Melayu

Author: ............ Labels::


Kertas 1Masa: 1 jam 30 minit
Arahan Am :
Tiap-tiap soalan atau mernyataan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Terdapat satu sahaja jawapan yang betul atau yang paling sesuai. Pilih jawapan itu.
Soalan 1 hingga 6
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikut.
Antartika kini sedang mengalami musim panas dan ini bermakna lapisan lubang ozon muncul sernula.
Sejak kemunculan lubang pada lapisan ozon dilaporkan buat pertama kali pada tahun 1985, tumpuan ke arah melindungi lapisan udara kasar ini nampaknya seakan terhenti seketika sehingga membolehkan pancaran cahaya lampu ungu menembusi permukaan bumi tanpa sebarang halangan.
Kerosakan pada lubang ozon pada tahun ini dikatakan adalah yang paling buruk berbanding sebelumnya. Menurut Pertubuhan Kajicuaca Dunia Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 70 peratus daripada lapisan ozon di Antartika kini terhapus. Biarpun kesannya boleh dianggap baik di kawasan garis lintang beriklim sederhana, namun lapisan ozon yang semakin nipis di kebanyakan tempat lain dunia memberi kesan negatif terhadap haiwan, tumbuh-tumbuhan dan menyebabkan manusia mudah terkena kanser kulit, memusnahkan sistem pertahanan diri dan membantutkan pertumbuhan akibat terlalu banyak terdedah kepada cahaya lampu ungu.
Kerosakan lapisan ozon ini sebenarnya disebabkan oleh bahan-bahan kimia yang dihasilkan oleh manusia sendiri, seperti Chlorofluorocarbous (CFCs) yang digunakan sebagai cecair penyejuk (Coolants), bahan pencuci, buih untuk membuat plastik dan hos api (fire extinguishers).
Di bawah Persetujuan Montreal 1987, negara-negara yang mengeluarkan bahan-bahan kimia dikehendaki mematuhi peraturan tertentu. Kebanyakan syarikat-syarikat yang mengeluarkan bahan kimia kini berjaya mengawal kemusnahan lapisan ozon lebih pantas berbanding saranan yang dikehendaki oleh Persetujuan Montreal.

1. Mengapakah penulis mengatakan bahawa lapisan lubang ozon muncul semula apabila Antartika mengalami musim panas?
AAntartika jarang-jarang mengalami musim panas
BCahaya lampu ungu disebabkan oleh ozon berlubang sahaja yang dapat menyebabkan Antartika mengalami musim panas
CApabila Antartika panas lapisan ozon berlubang
DLapisan ozon berlubang panas
2. Mengapakah kita perlu bimbang apabila lapisan ozon berlubang?
AIni mungkin menyebabkan bumi semakin sejuk
BBekalan oksigen akan berkurangan
CBekalan karbon dioksida di bumi semakin meningkat
DLapisan ozon berlubang membenarkan cahaya lampu ungu masuk ke bumi dan membahayakan penduduk bumi
3. Mengapakah walaupun kemunculan lubang ozon diketahui sejak tahun 1985 lagi, lubang itu semakin besar kini?
ATidak ada apa-apa tindakan diambil sejak itu
BPara saintis tidak tahu apa tindakan yang harus diambil
CPara saintis berusaha mencari sebab lapisan ozon boleh berlubang
DKetika itu tidak ada orang tahu tentang bahayanya lapisan ozon berlubang
4. Berikut ialah kesan-kesan cahaya lampu ungu kecuali
Akanser kulit
Bmemusnahkan pertahanan diri
Cmembantutkan pertumbuhan
Dmenyebabkan sel-sel otak musnah
5. Apakah penyebab utama lapisan ozon berlubang?
AHutan-hutan ditebang
BRacun serangga di- gunakan
CPencemaran
DD Membakar hutan
6. Bagaimanakah syarikat- syarikat yang mengeluarkan bahan kimia membantu mengawal kemusnahan lapisan ozon?
AMemberi bantuan kewangan kepada negara
BMemberhentikan pengeluaran bahan kimia
CMenghadkan penge- luaran bahan kimia
DMenukar bahan-bahan pengeluaran
Soalan 7 hingga 13
Baca cerita di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya.
Aku dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Kehidupan di Kuala Lumpur penuh sesak. Masing-masing berlumba-lumba memburu kemajuan. Udara yang tidak bersih, memang sudah sebati dalam hidupku. Segala apa yang berlaku bukanlah sesuatu yang menarik lagi. Malah kadang-kadang terasa bosan juga. Namun aku tiada pilihan lain, terus menjadi warga kota.
Ingin rasanya hidup di kampung; menghirup udara yang bersih. Waktu petang pula boleh berkejaran di bendang dengan menarik layang-layang. Atau bermain gasing. Impian itu ku luahkan kepada ayah. Ayahku, memang memahami perasaanku, lalu membawa kami sekeluarga ke Kedah, tempat sepupu ayah. Alangkah gembiranya aku meng-hadapi saat-saat indah sebagai warga kampung.
Apa tidaknya, di seberang jalan, kelihatan sawah padi yang menguning emas. Sesekali padi yang menunduk bergoyang ditiup angin. Sekawan burung pipit pula terbang mencari makanan. Saat itu hatiku tersentuh. Alangkah damainya di sini. Alangkah beruntungnya menjadi warga kampung.
Petang hari aku mengikut dua pupuku menangkap ikan keli. Aku cukup takut, kalau-kalau sengatnya mencucuk jejariku. Tetapi kawan baruku itu, Safuan namanya, tersenyum melihat ketakutanku. Dia menunjukkan lukah. Dengan lukah itu, dia menyerkup ikan yang banyak di parit. Tidak sampai sejam, timba yang kami bawa sudah dipenuhi ikan.
Kemudian aku ke dusun di belakang rumah. Di dusun itu, pelbagai buah-buahan ada; rambutan, manggis, rambai dan mangga. Kami boleh makan sepuas-puasnya. Walaupun buah-buahan itu boleh ku dapati di Kuala Lumpur, tetapi buah yang masih segar, jarang kuperolehi. Seperti tidak pernah menyentuh buah-buahan, aku makan sepuas hati. 

7. Apakah yang dimaksudkan dengan 'Udara yang tidak bersih'?
APencemaran alam
BB Pencemaran udara
CPencemaran air
DPencemaran bahasa
8. Mengapakah penulis sudah sebati dengan keadaan di kota?
ADia dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur
BDia sudah lama tinggal di kota
CSejak kecil dia memang selalu ulang-alik ke kota
DDia telah dibesarkan di kota
9. Mengapakah penulis ingin hidup di kampung?
ADia pernah tinggal di kampung pada waktu dia kecil-kecil dahulu
BDia bosan hidup di kota
CDia ingin menghirup udara bersih di kampung selain bebas bermain
DDia ingin berkahwin dengan orang kampung
10. Di kampung, penulis pergi ke rumah siapa?
ARumah neneknya
BRumah kawan ayahnya
CRumah ibunya
DRumah pak ciknya
11. Pada waktu penulis pergi ke kampung,
Apadi baru disemai
Bpadi sudah masak
Cpadi baru berbuah
Dpadi sedang tumbuh dengan subur
12. Apakah makanan burung pipit?
ABeras
BNasi
CPadi
DSekam
13. Mengapakah penulis berasa takut ketika menangkap ikan?
ADia khuatir ikan keli menyengatnya
BDia khuatir dicederakan oleh lukah
CDia khuatir ditinggalkan
DDia khuatir kakinya terperangkap dalam selut


Soalan 14 hingga 20
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya.
Hari ini apabila disebut Wawasan 2020, kita pasti akan terbayangkan negara maju yang berteraskan sains dan teknologi yang canggih. Namun kita tidak harus lupa bahawa di dalam sem-bilan cabaran yang termaktub dalam Wawasan 2020 tidak kesemuanya hanya menjurus kepada kemajuan sains dan teknologi semata-mata. Ini dibuktikan melalui cabaran yang ketujuh iaitu bagi mewujudkan satu masyarakat yang penyayang dan setia antara satu sama lain.
Kasih sayang adalah perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam serta berkekalan yang lahir dari hati yang rela, ikhlas dan suci terhadap sesuatu. Namun, cuba kita tanya diri sendiri sama ada nilai murni ini telah sebati ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia atau tidak.
Cuba kita perhatikan kehidupan di bandar; orang tua dianggap sebagai golongan yang menyusahkan, ke manakah hilangnya nilai kasih kita sebagai seorang anak terhadap ibu bapa atau golongan vang lebih tua. Relakah kita melihat fenomena yang berlaku di negara-negara maju seperti Amerika yang rata-rata penduduknya mengamalkan budaya kita. Kegiatan rasuah berlaku tanpa dibendung, gejala AIDS merebak dengan luas dan pengedaran dadah menjadi perkara biasa.
Justeru itu sebagai war-ganegara yang inginkan ke-darnaian, kita perlulah bersatu hati menangani gejala ini. Bagi mencapai Wawasan 2020, ada dua aspek yang perlu diberi per-hatian khusus iaitu rumah dan sekolah. Rumah merupakan syur-ga dunia kerana di situlah tempat segala-galanya bermula. Setiap ahli keluarga mempunyai per-anan dan tanggungjawab masing-masing bagi melaksanakan sistem kekeluargaan yang harmoni, mempunyai hubungan yang mesra dan memberikan kasih sayang antara satu sama lain.
Manakala di sekolah pula, perasaan kasih sayang dipupuk melalui pergaulan yang mesra antara pelajar, guru-guru dan pekerja-pekerja lain. Oleh itu sekolah menjadi rumah kedua bagi para pelajar ini.
Bagi merealisasikan cabaran Wawasan 2020 ini, perlulah dipupuk dan disemai sifat penyayang dari sekarang. Sekiranya semua pihak bergan-ding bahu dan bekerjasama serta mengamalkan sikap taat setia, berkasih sayang, berakhlak dan sebagainya, pasti impian negara untuk mencapai wawasan ini akan terlaksana.
14. Apakah cabaran keenam yang terkandung dalam Wawasan 2020?
AMemupuk dan membina masyarakat makmur
BMembina bangsa Malaysia yang bersatu padu
CMewujudkan masyarakat yang penyayang dan taat setia
DMembina masyarakat yang maju dan saintifik
15. Kasih sayang membawa maksud
Aperasaan cinta terhadap seseorang
Brasa cinta yang tidak berbelah bahagi
Cperasaan mengingati dan menyintai kepada seseorang
Dperasaan cinta, kasih, dan sayang yang berkekalan serta lahir dari hati yang ikhlas
16. Perkataan termaktub dalam petikan bererti
Atersembunyi
Btersenarai
Ctertulis
Dterdapat
17. Berikut adalah fenomena biasa yang berlaku di negara Barat kecuali
Apengedaran dadah berlaku tanpa dikawal
Bbudaya menyayangi warga tua dan ibu bapa
Ckegiatan rasuah berlaku dengan meluas
Dgejala AIDS merebak tanpa dibendung
18. Apakah aspek penting yang perlu diberi perhatian untuk melahirkan warganegara yang inginkan kedamaian?
ARumah
BSekolah
CRumah, sekolah dan guru
DRumah dan sekolah
19. Apakah peranan dan tanggungjawab ahli keluarga dalam menbentuk keluarga yang harmoni?
AMenjalin hubungan yang mesra dan saling berkasih sayang antara satu sama lain
BSaling mengambil berat dan bersatu hati
CSentiasa berusaha untuk memberi kasih sayang yang seadil-adilnva
DSaling memahami hati dan perasaan antara ahli keluarga
20. Impian negara terhadap Wawasan 2020 ini akan tercapai sekiranya
Asetiap pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang
Bsemua pihak berganding bahu dan mengamalkan nilai-nilai murni
Canak-anak mentaati dan mendengar nasihat ibu bapa mereka
Dpihak ibu bapa memberikan sepenuh kasih sayang kepada anak-anak


Soalan 21 hingga 25
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisikan ke tempat kosong berkenaan hagi menyempurnakan maksud petikan.
China ______ (21) amaran awal tentang hasratnya ______(22) pertandingan olahraga di Sukan Asia Ke-21 ______ (23) para atlitnya ______ (24) lumba jalan kaki lelaki dan wanita serta ______ (25) rekod bagi acara lempar cakera.
21.
Amenampar
Bmemberi
Cmenyertakan
Dmelempar
22.
Amengatasi
Bmengawal
Cmempengaruhi
Dmenguasai
23.
Abila
Bapabila
Cdan
Dtetapi
24.
Amewakili
Bmenguasai
Cmemenangi
Dmenerajui
25.
Amencipta
Bmengadakan
Cmengharumkan
Dmembuat


Soalan 26 hingga 29
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisikan ke tempat-tempat kosong berkenaan.
26. Selepas pergaduhan itu, sikap Oselyne terhadap kawannya _____ sahaja.
Atawar
Bhambar
Cbersemangat
Dpadam
27. Tiap-tiap pagi murid sekolah itu _____sampah-sarap di sekeliling kawasan sekolah.
Amengambil
Bmengetil
Cmengutip
Dmemetik
28. Penari itu berbadan ______ dan berkulit kuning langsat.
Alangsing
Blonglai
Clangsai
Dlangking


29. Kita tidak seharusnya menuduh kawan kita secara ______ sahaja.
Amelupas
Bmelukut
Cmembuta
Dmelulu


Soalan 30 hingga 39
Ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan A,B atau C. Tandakan sama ada A, B atau Cjika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.
30. Ahli-ahli(A) guru, ibu bapa dan masyarakat mesti memainkan(B) peranan pentingmenangani(C) masalah lepak.
A
B
C
DTiada kesalahan
31. Sastera rakyat mempamerkan(A) nilai moral yang baik-baik(B) untuk dijadikan(C) teladan.
A
B
C
DTiada kesalahan


32. Insan yang berjaya(A) di dunia dan di akhirat ialah insan yang meletakkan(B) kepentingan ilmu di tempat yang wajarnya(C).
A
B
C
DTiada kesalahan
33. Setiap individu wajib mengambil(A) peperiksaan sebelum diterima(B) melanjutkanpengajian(C) ke peringkat yang lebih tinggi.
A
B
C
DTiada kesalahan
34. Binaan(A) ummah bermula daripada individu itu sendiri, sifat dan tingkah laku orang yangmemimpin(B) serta yang dipimpin(C).
A
B
C
DTiada kesalahan


35. Suasana yang tenang(A), aman dan batu-batan yang beraneka bentuk memberikan(B) suasana yang berlainan kepada. pengunjungnya untuk mendapatkan(C) ketenangan.
A
B
C
DTiada kesalagan
36. Tumbuh-tumbuhan(A) juga mempunyai caranya yang tersendiri(B) untuk mengelaki(C) daripada serangan makhluk perosak.
A
B
C
DTiada kesalahan
37. Para remaja sentisa peka(A) dan mengutamakan(B) barangan, yang dibeli iaitu asli danlihat(C) ringkas serta segak.
A
B
C
DTiada kesalahan
38. Pelajar mesti berupaya(A) menilai kelemahan dan kekuatan diri sendiri di samping(B) sentiasa berusaha baiki(C) segala kelemahan diri.
A
B
C
DTiada kesalahan
39. Mereka-mereka(A) yang melakukan(B) kesalahan akan didenda mengecat(C) semula dinding yang diconteng.
A
B
C
DTiada kesalahan


Soalan 40 hingga 49
Sebahagian daripada ayat-ayat yang berikut telah digariskan. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa dan mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salahdan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A,B atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan, tandakan D.
40. Walaupun percutian itu amat memenatkan, namun banyak pengetahuan yang telah diperolehi oleh saya.
Abanyak pengetahuan yang saya telah perolehi.
Bbanyak pengetahuan-pengetahuan yang telah saya.
Cbanyak pengetahuan yang telah saya perolehi.
DTiada kesalahan
41. Langkah-langkah tertentu perlu diambil bagi lindung serangga daun ini dari mengalamimasalah kepupusan.
Amelindungi serangga daun ini daripada mengalami
Blindungi serangga daun ini dari mengalami
Cmelindungkan serangga daun ini daripada pengalaman
DTiada kesalahan
42. Seorang penulis cerpen seharusnya boleh kuasai bahasa yang akan diguna untuk mencipta cerpen itu nanti.
AA menguasa bahasa yang digunakan bagi ciptaan
Bmenguasakan bahasa yang terguna bagi terciptanya
Cmenguasai bahasa yang akan digunakan untuk mencipta
DTiada kesalahan
43. Setiap hari, kamu mestilah baca dan rajin mencatat sesuatu yang difikirkan oleh kamu menarik.
Amembaca dan rajin mencatat sesuatu yang kamu fikirkan
Bbacakan dan rajin sesuatu yang kamu fikiran
Cmembacakan dan rajin sesuatu yang difikirkan oleh kamu
DTiada kesalahan
44. Terpulanglah kepada kita untuk kelakuan berbagai cara bagi menyelamatkan alam kita.
Akepada kami untuk melakukan berbagai
Bpada kita untuk melakukan berbagai
Ckepada kita untuk melakukan pelbagai
DTiada kesalahan
45. Air yang kita gunakan ialah air yang telah menjalan beberapa proses penapisan.
Adigunakan oleh kita ialah air yang telah terjalan
Bkita gunakan ialah air yang telah menjalani
Ckami gunakan ialah air yang menjalankan
DTiada kesalahan
46. Rumah-rumah tradisional yang terdapat di Muzium Sabah terbina secara kelompokan dalam satu kawasan seluas dua hektar.
Adibina secara berkelompok dalam
Bdibinakan secara kelompok-kelompok pada
CC terbinakan berkelompokan dalam
DTiada kesalahan
47. Terdapat setengah ibu bapa yang tidak benarkan anak-anak mereka bersekolah di asrama.
ADidapati setengah ibu bapa yang kebenaran
BTerdapat sesetengah ibu bapa yang tidak membenarkan
CC Terdapatkan sesetengah ibu bapa yang bukan membenarkan
DTiada kesalahan


48. Sisa-sisa daripada proses ubat tradisi tidak cemarkan alam.
Aprosesan ubatan tradisioanal bukan pencemaran
Bpemprosesan ubat- ubatan tradisional tidak mencemarkan
Cpemprosesan ubat-ubat tradisional tidak mencemarkan
DTiada kesalahan
49. Dia menarik mereka ke sampan yang berbalik dan menyuruh berpaut pada sampan itu.
ADia menarik mereka ke sampan yang terbalik
BMereka ditarik olehnya ke sampan yang berbalikan
CDitarik mereka olehnya ke sampan yang berbalikan
DTiada kesalahan


Soalan 50 hingga 54
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau paling hampir dengan ayat yang bercetak tebal.
50. Ibu bapa haruslah memberi dorongan dan galakan kepada anak-anak mereka supaya banyak membaca.
AIbu bapa harus banyak membaca untuk menggalakkan anak-anak membaca.
BAnak-anak perlu diberi dorongan dan galakan untuk membaca.
CIbu bapa haruslah membaca sebagai galakan kepada anak-anak.
DAnak-anak haruslah diberi dorongan dan galakan oleh ibu bapa supaya banyak membaca.
51. Pengusaha air galian mengeluarkan dan membotolkan bahan minuman itu di tempat-tempat yang tidak bersih.
ABahan minuman air galian dikeluarkan dan dibotolkan di tempat-tempat kotor oleh pengusahanya.
BPengusaha tidak menjaga kebersihan air galian mereka.
CAir galian tidak dikeluarkan secara bersih.
DBotol-botol pengusaha air galian kotor dan tidak harus diguna.
52. Mereka yang meminum racun sukar diselamatkan kerana bahan itu cepat merebak ke dalam badan.
ARacun cepat merebak ke dalam badan, menyebabkan maut.
BRacun cepat merebak ke dalam badan menyebabkan mereka yang meminumnya sukar diselamatkan.
CMereka yang meminum racun pasti mati.
DRacun amat berbahaya kepada manusia.
53. Dengan sains, kita dapat memperolehi pengetahuan yang luas tentang dunia sekeliling kita.
ADunia sekeliling kita diketahui melalui sains.
BSains menyebabkan kita mahir tentang alam sekeliling kita.
CKita mesti memperolehi pengetahuan luas tentang dunia sekeliling kita.
DPengetahuan luas tentang dunia sekeliling dapat kita perolehi dengan sains.
54. Masakan ini sedap dimakan semasa masih panas bersama-sama nasi untuk hidangan makan malam.
ASedap masakan itu, pasti boleh dimakan pada waktu malam.
BUntuk hidangan makan malam, sungguh enak sekiranya masakan itu dimakan panas-panas bersama-sama nasi.
CMasakan yang sedap itu mesti dimakan bersama-sama nasi untuk hidangan makan malam.
Dthe Masakan yang masih panas itu sedap dimakan.


Soalan 55 hingga 60
Soalan-soalan di bawah mungkin mempunyai satu atau lebih daripada satu ayat yang betul. Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul itu.
55. 
IKesemua pelajar di situ menganggap mereka adalah satu sekeluarga.
IIManusia zaman dahulu mempunyai pelbagai cerita tentang asal-usul kilat dan guruh.
IIIAwan yang bergerak mengandungi banyak titik halus lembap.
IVGuruh tidak merbahaya, sebaliknya kilatlah yang mungkin sambar rumah.
AI dan II sahaja
BII dan III sahaja
CIII dan IV sahaja
DII, III dan IV sahaja
56. 
IIsi durian hutan nipis seperti isi cempedak.
IITugas seorang pramugari bukan sekadar menyediakan minuman kepada penumpang sahaja.
IIITidak ada perbezaan dari segi layanan yang diterima dari majikan dan rakan-rakan yang lain.
IVDia tidak menghadapi masalah untuk pergi ke tempat kerja walaupun terpaksa menaiki kenderaan awam.
AI dan II sahaja
BII dan III sahaja
CI, II dan III sahaja
DI, II dan IV sahaja
57. 
ISaya tidak rasa tersisih walaupun keadaan dirinya tidak sempurna.
IILayanan dan pendapatan yang diterima sepanjang beliau bekerja di situ amat memuaskan.
IIITidak timbul masalah pilih kasih antara kami yang cacat dengan mereka yang sempurna.
IVApa yang penting adalah masyarakat patut memberi peluang kepada golongan kurang bernasib baik.
AI dan II sahaja
BII dan III sahaja
CIII dan IV sahaja
DII, III dan IV sahaja
58. 
IPerusahaan kraf kaca memang agak baru di Malaysia.
IIKerja-kerja mengukir dijalankan menggunakan mesin dan teknik-teknik termoden.
IIIHarga ditentukan selalunya tergantung pada jenis, corak dan besar atau kecilnya barangan berkenaan.
IVDia lebih senang melihat saya kerja sendiri daripada memakan gaji.
AI dan II sahaja
BII dan III sahaja
CIII dan IV sahaja
DI, II dan III sahaja
59. 
IPara peniaga-peniaga di sini harus mengambil langkah segera untuk menurunkan harga barang.
IIPertumbuhan di Langkawi amat membanggakan sehinggakan pencapaiannya kini melebihi daripada apa yang diharapkan.
IIIPelaksanaan projek di Langkawi tidak perlu menunggu kelulusan Perdana Menteri.
IVKerajaan menggalakkan lebih banyak kaum wanita menjadi guru sekolah memandu.
AI dan II sahaja
BII dan III sahaja
CII dan IV sahaja
DI, II, III dan IV
60. 
IAhmad Timur, 22, mati di tempat kejadian pada pukul 8.40 pagi.
IIMasalah kemiskinan yang mencengkam adalah sebab utama suami dan isteri tidak mampu menyediakan makanan berzat untuk pertumbuhan anak-anak.
IIIDua beradik mati terhangus dalam kebakaran sebuah rumah papan di sini pada malam tadi.
IVPolis telah merampaskan sembilan laras senjata api pelbagai jenis di Kelantan sepanjang tahun ini.
AI dan II sahaja
BII dan III sahaja
CI, II dan III sahaja
DI, III dan IV sahaja







Perhatian


Waktu Tamat
Waktu Sekarang


Klik butang Hantar untuk mengetahui keputusan ujian ini
Markah peperiksaan ini ialah 
Selamat Berjaya

0 pandangan |

Followers

About Me

ceriterabahasa.blogspot.com merupakan sebuah blog perkongsian ilmu bahasa Melayu untuk manfaat guru-guru, bakal guru, pelajar dan seluruh masyarakat Malaysia.

Text Widgets

ceriterabahasa.blogspot.com merupakan sebuah blog perkongsian ilmu bahasa Melayu untuk manfaat guru-guru, bakal guru, pelajar dan seluruh masyarakat Malaysia.

Masa itu emas

ceriterabahasa.blogspot.com

ceriterabahasa.blogspot

Free HTML Codes

Halwa telinga


lalalalalalaa..

Daisypath Friendship tickers
.

Pages


kamu pelawat ke...

Website counter
Powered by Blogger.

About Me

............
tanjung malim perak, Malaysia
Kami merupakan bakal-bakal guru bahasa melayu.. terdiri daripada cikgu aishah, cikgu azura, cikgu hafizah dan cikgu hazirah... sedang menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam semester 4.
View my complete profile

tahukan anda?

Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan 'pos laju' menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti.

.

.
banner 1 banner 2