Author: ............ Labels::

                                



0 pandangan |

Kisah Lobak, Telur dan Kopi

Author: ............ Labels::


Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana hendak menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehdupan. Si anak sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru. 

Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Dia mengisi tiga periuk dengan air dan meletakkannya di atas api. Setelah air di dalam ketiga-tiga periuk tersebut mendidih, Si ayah memasukkan lobak merah ke dalam periuk pertama,  telur ke dalam periuk kedua dan ia memasukkan serbuk kopi ke dalam periuk terakhir. Si ayah membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya. 

Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Dia menyisihkan lobak dan meletakkannya ke dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya ke dalam mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi ke dalam lainnya. Lalu dia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?" "Lobak, telur, dan kopi" jawab si anak. 

Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasa lobak itu. Si anak melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, ia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk merasa kopi itu . Dia tersenyum ketika menghirup kopi dengan aromanya yang khas. 

Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, Ayah?" Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan enak. Telur sebelumnya mudah pecah. Cangkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cecair. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut. 

"Kamu termasuk yang mana?," tanya ayahnya. "Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui... Ketika kesukaran dan kesulitan melanda dirimu, bagaimana kamu menghadapinya? Adakah kamu lobak, telur atau kopi?" 




Bagaimana dengan anda? 

Adakah anda adalah lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatan anda.

Atau... Adakah kamu telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamik? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian atau kegagalan menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi adakah kamu menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku? 

Ataukah kamu adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksima pada suhu 100 darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat. Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, kamu akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitarmu juga menjadi semakin baik. 





Dipetik daripada : www.pahangcommunity.com

0 pandangan |

Hamid.... Oh...Hamid.....

Author: ............ Labels::


Hamid (bukan nama sebenar) telah berkenalan dgn Midah di Kuala Lumpur. Perkenalan mereka sudah agak lama. Suatu hari, Midah mengajak Hamid ke rumahnya di Raub untuk berkenalan dengan orang tuanya. Maka Hamid pun bersetuju. Pergilah hamid ke Raub. Semasa di perjalanan tak semena-mena sebuah motosikal telah menlintas di hadapan kereta persona Hamid. Lantas dengan berangnya Hamid berkata " Hoi orang tua kau nak mati ke? buta ker? binatang betul org tua ini" kebetulan masa itu ada org melihat kejadian tersebut dan menolong orang tua tadi. Hamid tidak mempedulikan orang tua itu lalu meneruskan perjalanan ke rumah Midah agak tidak berapa jauh dari tempat kejadian tersebut.

Sampai sahaja di rumah Midah, Hamid pun bersembang-sembang lebih kurang dengan Midah. Tiba-tiba singgah pula Kereta Proton Saga lama warna merah. Pemandu kereta tersebut memapah turun pakcik tersebut dengan tangan berbalut, kepala benjol sedikit di dahi. Midah terus menjerit............abahhhhhhhhhhh!!!!!






Cuba anda habiskan cerita ini. Bagaimana agaknya nasib Hamid selepas ini...... =)

 Dipetik dan diubahsuai daripada : www.pahangcommunity.com

0 pandangan |

Nostalgia Permainan Zaman Kanak-kanak

Author: ............ Labels::



Sesungguhnya zaman telah berubah jika dibandingkan dengan dahulu dan sekarang.Hidup mesti diteruskan, namum segala nostalgia semasa zaman kanak kanak masih segar dalam ingatan.
Melalui topik ini disenaraikan beberapa permainan zaman kita kecil kecil dahulu dan ada di antaranya sudah tidak dimainkan lagi oleh kanak-kanak zaman sekarang.

1.Pistol Api
2.Combat Senapang - buah terung
3.Main Guli
4.Lastik
5.Jentik Tudung oren
6.Main Getah Gelang
7.Gasing
8.Layang layang
9.Ziro Fen
10.Cari Ikan Laga/Ikan Karin
11.Mandi Sungai - terjun tarzan
12.Main masak-masak
13.Polis entry
14.Rebut tiang

Jemput berkongsi pengalaman berkaitan permainan zaman kanak-kanak anda....selamat berkongsi.

Dipetik dan diubahsuai daripada : www.pahangcommunity.com

0 pandangan |

Petua Pergaulan Sosial

Author: ............ Labels::


 Petua2 pergaulan sosial yang baik

Post  zulkbo on Sun Feb 21, 2010 2:48 pm
Kali ini saya nak berikan beberapa petua pergaulan sosial yang boleh dianggap cemerlang.:
1. Biasakan diri untuk mengingati nama-nama orang.Memanggil seseorang dengan namanya yang betul membuatkan mereka merasai dihormati serta dihargai.

2. Berilah pujian dan penghargaan dimana sesuai kerana semua ini akan membawa kesan yang positif. Sebaliknya jika kritikan sahaja yang diberi ia membawa kesan yang negatif dan boleh menjejaskan perhubungan.

3. Tetapi sekiranya dirasakan perlu membuat kritikan, ‘belailah’ terlebih dahulu samada secara fizikal atau psikologi.

4. Sentiasa memberi senyuman yang ikhlas.Senyuman ikhlas yang diberi sudah tentu dapat menyenangkan hati pihak yang satu lagi.

5. Setiap orang ada pandangan serta pendapat masing-masing tentang sesuatu perkara. Jadi hormatilah pandangan mereka

6. Apabila berinteraksi dengan orang lain tunjukkan minat dan kesungguhan supaya orang lain merasakan diri mereka penting.Pandang ke muka atau mata bila bercakap kepada seseorang.

7. Penting juga bagi seseorang itu berbaik sangka terhadap orang lain. Jangan fikirkan semua orang tidak baik.

8. Sentiasalah peka kepada perubahan perasaan orang lain.Jangan asyik nak bercakap saja tetapi perhatilah kepada perubahan angin. Kalau mesejnya cukuplah tu, jadi berhenti lah bercakap supaya orang tidak bosan.

9. Berilah penghargaan setiap kali orang lain melakukan sesuatu untuk kita hatta kepada suami/isteri sendiri atau kpd anak-anak seperti ucapan terima kasih dan sebagainya.Saya rasa aspek ini kurang diberi perhatian oleh pasangan mungkin malu atau bimbang dikatakan mengada-ngada.

10.Tunjukkan kita mengambil berat terhadap orang lain melalui tindakan,dan juga pertuturan.seperti jaga diri dan sebagainya.

11.Menegur sapa orang lain dengan memberi salam atau ucapan selamat pagi dan sebagainya dengan bersungguh2.Bila bersalam tengok ke muka atau mata .

12.Jadilah diri kita seorang pendengar yang baik dengan memberi perhatian kepada apa yang diucapkan oleh orang lain.

13.Elok sangat semasa perbualan untuk meminta pendapat dan pandangan orang lain kerana dengan berbuat begini seseorang itu merasakan diri dan pandangannya penting .

14.Untuk menimbulkan kemesraan dan perasaan selesa pandai2lah membuat atau menerima gurauan.

15.Buang prasangka buruk terhadap seseorang.Anggaplah sebarang keanehan dan keunikan sebagai perkara biasa yang perlu dihormati.

16.Bila dikritik bersabarlah dan jangan mudah melenting.Di sinilah akan tergambar kekuatan peribadi seseorang nanti.

17.Apabila kita bercakap biarlah beralas.ini akan menampakkan kebijaksanaan dan kematangan seseorang itu.

18.Jangan bebankan masalah kita ke atas bahu orang lain kerana kalau kerap sangat dibuat begitu orang akan menjauhkan diri dari kita.

19.Beradalah pada jarak yang sesuai apabila bercakap dengan seseorang. Ada orang memerlukan ruang yang lebih luas berbanding orang lain. Kalau tidak mereka akan merasa rimas.

Itu lah antara beberapa petua yang patut diberi perhatian dalam pergaulan sosial.kita sehari2. Jika semua ini dapat diamalkan seseorang itu akan lebih disenangi untuk didampingi dan dijadikan kawan baik. Selamat mencuba.


SUMBER:
http://mohdandmeriam.blogspot.com/
www.pahangcommunity.com

0 pandangan |

Peribahasa

Author: ............ Labels::

PERIBAHASA
MAKSUD
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
Meninggi diri
Maksud : Sombong
Bermuka dua
Maksud : Tidak jujur
Baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
Tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan
Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang
Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
Bagai aur dengan tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah

Indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.
Kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
Bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.
Biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.
Sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.











0 pandangan |

Followers

About Me

ceriterabahasa.blogspot.com merupakan sebuah blog perkongsian ilmu bahasa Melayu untuk manfaat guru-guru, bakal guru, pelajar dan seluruh masyarakat Malaysia.

Text Widgets

ceriterabahasa.blogspot.com merupakan sebuah blog perkongsian ilmu bahasa Melayu untuk manfaat guru-guru, bakal guru, pelajar dan seluruh masyarakat Malaysia.

Masa itu emas

ceriterabahasa.blogspot.com

ceriterabahasa.blogspot

Free HTML Codes

Halwa telinga


lalalalalalaa..

Daisypath Friendship tickers
.

Pages


kamu pelawat ke...

Website counter
Powered by Blogger.

About Me

............
tanjung malim perak, Malaysia
Kami merupakan bakal-bakal guru bahasa melayu.. terdiri daripada cikgu aishah, cikgu azura, cikgu hafizah dan cikgu hazirah... sedang menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam semester 4.
View my complete profile

tahukan anda?

Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan 'pos laju' menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti.

.

.
banner 1 banner 2