Showing posts with label TATABAHASA. Show all posts
Showing posts with label TATABAHASA. Show all posts

kata pemeri

Author: ............ Labels::

Kata pemeri ialah unsur yang menjadi penghubung antara subjek dengan frasa- frasa utama dalam predikat. Adakalanya kata pemeri ini berfungsi sebagai unsur penegas. Terdapat dua jenis kata pemeri iaitu ialah dan adalah.


Kata pemeri ialah digunakan apabila predikatnya terdiri daripada frasa nama.

      Contoh:  
                       (i)  Maria ialah pelajar tingakatan 3 Bestari
                       (ii) Pelajar itu ialah bekas pelajar sekolah ini

Kata pemeri ialah digunakan untuk menyampaikan maksud persamaan di hadapan farasa nama. Dalam hal ini, subjek dan predikat boleh bertukar tempat. 

      Contoh: 
                      (ia) Mamalia ialah haiwan berdarah sejuk
                      (ib) Haiwan berdarah sejuk ialah mamalia

Kata pemeri adalah pula digunakan untuk ayat yang predikatnya farasa nama, farasa adjektif dan frasa sendi nama.

      Contoh: 
                      (i)   Ipoh adalah ibu negeri Perak
                      (ii)  Peristiwa itu adalah benar
                      (iii) Baju itu adalah untuk ibu 

Kata pemeri adalah juga digunakan untuk memberikan huraian lanjut berkenaan subjek.
      Contoh:
                      (i) Oksigen adalah gas yang terkandung dalam karbon dioksida
                    
Dari sudut penggunaan kata pemeri, kesalahan yanag kerap dilakukan ialah kata pemeri adalah berada pada awal ayat. Fungsi kata pemeri adalah untuk menerangkan sesuatu subjek. Jadi, jika diletakkan kata pemeri itu pada awal ayat, maka tidak adalah kata yang dihuraikan.

     Contoh:
                      (ia) Adalah dinyatakan bahawa perkara itu palsu belaka
                      (ib) Dinyatakan bahawa perkara itu palsu belaka

Penggunaan kata pemeri di hadapan frasa kerja juga tidak boleh dilakukan.

     Contoh:
                      (ia) Majlis itu adalah dirasmikan oleh pengetua
                      (ib) Majlis itu dirasmikan oleh pengetua

0 pandangan |

KATA NAMA AM

Author: ............ Labels::


KATA NAMA
Kata nama ialah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nam, lazimnya perkataan demikian menamakan orang, haiwan, tempat, benda atau konsep.

KATA NAMA AM
Kata nama am ialah perkataan yang merujuk kepada benda, perkara atau konsep yang umun sifatnya.

Pengajaran di dalam kelas

  • Guru menayangkan video mengenai kata nama am. Video ini akan menarik perhatian murid. 


video kata nama am

  • Selepas tayangan video tamat, guru menerangkan dengan lebih jelas mengenai kata nama am untuk menambahkan pemahaman murid.


  • Bagi  memastikan pelajar memahami perkara yang telah diajar pada hari tersebut, guru boleh mengadakan permainan bahasa. Contoh permainan bahasa ialah kuiz, latih tubi, mencantum kad, teka silang kata dan sebagainya.


Contoh permainan bahasa yang boleh digunakan ialah kuiz
  1. Guru hendaklah membahagikan murid kepada dua kumpulan.
  2. Seterusnya berikan soalan kepada murid-murid.
  3. Contoh soalan : Senaraikan seberapa banyak kata nama am yang anda tahu dalam masa 1 minit.
  4. Berikan markah kepada kumpulan yang dapat menjawab soalan dengan betul.
  5. Sebagai rangsangan guru boleh memberi ganjaran berbentuk hadiah atau pujian kepada murid-murid. 




0 pandangan |

KATA GANDA

Author: ............ Labels::

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh......


Sungguh indah rasanya jika ucapan itu dapat diperdengarkan di telinga, tetapi buat masa sekarang saya hanya mampu menulisnya......=) wah.....pengenalan sudah, merepek pun sudah....kiranya sudah sampai masa kami tunaikan janji untuk berkongsi sedikit ilmu berkenaan tatabahasa bahasa Melayu, bahasa ibunda tercinta kita semua (harap-harap begitulah). Alhamdulillah, bersyukur saya sekali lagi kerana masih berkesempatan untuk melakukan sedikit perkongsian yang tidak seberapa ini, berbekalkan ilmu yang amat terbatas di dada. Suka untuk saya tekankan, biar apa pun bahasa yang datang kepada kita, jangan sesekali dipinggirkan bahasa Melayu kerana sesungguhnya bahasa adalah jiwa bangsa, bahasa mencerminkan bangsa, bahasa juga adalah cerminan budaya. Sudah cukup panjang rasanya mukadimah ini  dan saya rasa pembaca pun dah tak sabar menanti isi utama entri kali ini.Sebentar....sebentar........sabar ya wahai pembaca sekalian huhuhu.......Sebenarnya, hari ini saya tertarik untuk menulis tentang kata ganda iaitu salah satu bentuk kata yang terdapat dalam bahasa Melayu selain kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata akronim. Seterusnya, marilah kita lihat definisi sebenar kata ganda dan jenis-jenisnya.

Kata Ganda

Kata ganda atau kata ulang ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu, dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan (Tatabahasa Dewan 1993 : 49).

Jenis Kata Ganda

Terdapat pelbagai pendapat daripada ahli bahasa mengenai penjenisan kata ganda ini, tetapi bagi tujuan pengajaran di sekolah penjenisan kata ganda menurut Tatabahasa Dewan adalah yang terbaik untuk diikuti. Kata ganda ada tiga jenis iaitu kata ganda iaitu penuh/seluruh, kata ganda separuh/separa dan kata ganda berima/berentak/bersajak.

a) Kata ganda penuh
    Kata ganda penuh atau seluruh berlaku apabila seluruh kata dasar sesuatu perkataan dilulang atau
    digandakan. Kata ganda jenis ini terbahagi kepada dua iaitu 

    1. Penggandaan kata dasar yang tidak mempunyai imbuhan
       
       contohnya:
       makan           -    makan-makan
       kecil              -    kecil-kecil
       sama             -    sama-sama

    2. Penggandaan kata dasar yang menerima imbuhan
   
       contohnya:
       kehendak      -    kehendak-kehendak
       pelari            -     pelari-pelari
       persatuan      -    persatuan-persatuan

b) Kata ganda separa/separuh
    kata ganda separa berlaku apabila sebahagian kata dasar diulang. Penggandaan ini boleh berlaku pada 
    kata tunggal atau kata terbitan. Kata dasar diulang pada suku kata pertamanya. Bunyi vokal dalam bentuk
    penggandaan ini akan mengalami proses pelemahan menjadikannya vokal e pepet.

    1. kata ganda separa tunggal

    contoh :
    laki       -    lalaki         -    lelaki
    jentik    -    jenjentik    -    jejentik
    pohon   -   popohon    -    pepohon

    2. kata ganda separa terbitan

    contoh :
    berkali-kali (penggandaan berlaku pada bahagian belakang kata dasar)
     
    masak-memasak (penggandaan separa berlaku pada bahagian hadapan kata dasar)

 c) Kata Ganda Berima/berentak/bersajak
     Kata ganda berima/berentak/bersajak melibatkan permainan bunyi tertentu dalam sebutan. Kata ganda 
     berima terbahagi kepada :
     
     1. Penggandaan berentak pengulangan vokal 

      contoh :
      hina-dina
      selok-belok
      cerai-berai
    
     2. Penggandaan berentak pengulangan konsonan

     contoh:
     batu-batan
     bolak-balik
     kayu-kayan
  
     3. Penggandaan berentak bebas 

     contoh:
     lintang-pukang
     kusut-masai
     ipar-duai

Penggandaan bersisipan juga  ada dalam bahasa Melayu.

     tali        -     tali-temali
     jari       -     jari-jemari
     gilang   -     gilang-gemilang 

Penggandaan dapat juga dilakukan pada kata tugas.

     bukan   -     bukan-bukan
     entah    -     entah-entah
     lagi       -     lagi-lagi

Kata majmuk juga boleh digandakan. Kata majmuk apabila digandakan menghasilkan dua bentuk.

1. Kata majmuk yang ditulis terpisah, kata yang pertama sahaja yang digandakan.
   
    kertas kerja      -    kertas-kertas kerja
    guru besar        -    guru-guru besar
    mata pelajaran  -    mata-mata pelajaran

2.Kata majmuk yang ditulis bercantum, seluruh kata itu digandakan.

   setiausaha          -     setiausaha-setiausaha
   tandatangan       -     tandatangan-tandatangan
   jawatankuasa    -      jawatankuasa-jawatankuasa

Nampaknya setakat ini dahulu perkongsian saya buat kali ini. Semoga para pembaca sekalian mendapat manfaat dan maklumat yang berguna serta diamalkan untuk kebaikan. =)

Tetapi sebelum saya terlupa, ingin saya kongsikan di sini, satu video berkenaan kata ganda yang dapat membantu para guru sekalian menjalankan proses pengajaran, dan bagi pelajar dapat memudahkan pemahaman. Sila dengarkan!



0 pandangan |

SUATU PENGENALAN

Author: ............ Labels::

kenapa pelajar suka tidur dalam kelas dan tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas??
sebab...proses pengajaran dan pembelajaran yang agak membosankan.
kalau guru bercakap di hadapan...murid tidur di belakang...huhuhuhu...
Jadi kita perlu libatkan pelajar dalam proses PNP. 
gunakan apa yang ada disekeliling kita untuk menjadikan proses PNP lebih menarik dan menyeronakkan
Cikgu seronok....murid pun seronok...
Kami ingin berkongsi apa yang dikatakan tentang media dalam pengajaran bahasa Melayu dan dan berkonsi idea mengenai bahan yang boleh digunakan dalam proses PNP.
Mari kita selongkar.......

MEDIA
kata media berasal daripada perkataan latin iaitu medium yang membawa maksud perantara atau pengantar.
media merupakan alat yang dipakai sebagai saluran (channel) untuk menyampaikan pesan (message) atau informasi dari sumber (resource) kepada penerima (receiver).
Media adalah segala benda yang dimanipulasi, dilihat, didengar, dibaca atau dibicarakan untuk sesuatu kegiatan.
contoh bahan media ialah filem, radio, televisyen, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer dan sebagainya.


Pengkelasan bahan media

  • media tayang kaku - transperansi, slaid
  • media tayang bergerak- pita video, filem
  • bahan grafik- lukisan, poster, kartun, carta
  • gambar kaku- gambar foto, kad imbasan
  • bahan pameran 3D - model, boneka, pupet
  • papan pameran - papan kapur, papan putih, papan buletin
  • media audio- pita kaset, komputer
  • media cetak- modul, buku, majalah, risalah

0 pandangan |

Followers

About Me

ceriterabahasa.blogspot.com merupakan sebuah blog perkongsian ilmu bahasa Melayu untuk manfaat guru-guru, bakal guru, pelajar dan seluruh masyarakat Malaysia.

Text Widgets

ceriterabahasa.blogspot.com merupakan sebuah blog perkongsian ilmu bahasa Melayu untuk manfaat guru-guru, bakal guru, pelajar dan seluruh masyarakat Malaysia.

Masa itu emas

ceriterabahasa.blogspot.com

ceriterabahasa.blogspot

Free HTML Codes

Halwa telinga


lalalalalalaa..

Daisypath Friendship tickers
.

Pages


kamu pelawat ke...

Website counter
Powered by Blogger.

About Me

............
tanjung malim perak, Malaysia
Kami merupakan bakal-bakal guru bahasa melayu.. terdiri daripada cikgu aishah, cikgu azura, cikgu hafizah dan cikgu hazirah... sedang menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam semester 4.
View my complete profile

tahukan anda?

Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan 'pos laju' menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti.

.

.
banner 1 banner 2