Latih tubi Simpulan bahasa

Author: ............ Labels::

1. Murid baru itu _____________ hendak menjadi ketua kelas.
  1.   ada angin
  2.   ada bakat
  3.   ada hati
  4.   ada sengat

2.Saya tidak mahu ikut bersama-sama May Tan kerana saya tahu dia hanya ____________.
  1.   ambil mudah
  2.   ajak-ajak ayam
  3.   angkat bahu
  4.   alas cakap
3. ______________ Encik Farizal akan melangsungkan perkahwinannya pada minggu hadapan.
  1.   Anak dagang
  2.   Anak jantan
  3.   Anak bulan
  4.   Anak buah
4. Lyana menerima pekerjaan guru sandaran itu sebagai ____________ untuk memperoleh pekerjaan yang lebih baik.
  1.   batu loncatan
  2.   batu api
  3.   durian runtuh
  4.   tanda mata
5. Saya ____________ untuk pergi ke rumah Pak Lang pada malam ini.
  1.   berat mata
  2.   berat mulut
  3.   berat hati
  4.   berat tulang
6. Nizam ____________ kerana dia akan mengambil balik apa-apa pemberian yang diberikan.
  1.   busuk hati
  2.   ada sengat
  3.   ganti tikar
  4.   buruk siku

7. Budak yang _____________ itu telah ditangkap oleh pihak polis kerana mencuri di pasar raya.
  1.   curi tulang
  2.   cepat tangan
  3.   hisap darah
  4.   kepala batu
8. Saya harap kamu berdiam diri dan tidak _______________ kerana hal ini masalah keluarga kami.
  1.   gatal tangan
  2.   hisap darah
  3.   campur tangan
  4.   lepas tangan
9. Jawatan sebagai pengerusi sudah pasti _____________ Datuk Isa kerana tidak ada sesiapa pun yang mahu bertanding untuk merebut jawatan itu.
  1.   bekas tangan
  2.   dalam tangan
  3.   tangan kanan
  4.   tangan terbuka
10. Sharruna berasa ____________ kerana pendapat dan cadangannya tidak dipertimbangkan langsung.
  1.   berat hati
  2.   sampai hati
  3.   tawar hati
  4.   jauh hati
11. Budak lelaki itu _____________ sebab perangainya yang tidak menentu dan sukar diramalkan.
  1.   ringan kepala
  2.   kepala angin
  3.   keras kepala
  4.   kepala batu
12.Kami sanggup mempertahankan ____________ daripada dijajah semula oleh bangsa asing.
  1.   ibu ayam
  2.   ibu keladi
  3.   ibu pertiwi
  4.   ibu kandung
13.Saya sungguh menyesal kerana telah meminjam wang daripada _____________ itu.
  1.   ikan darat
  2.   ulat darat
  3.   lintah darat
  4.   pacat darat
14.Izzat dapat mendengar ketukan pintu pada malam itu kerana pada ketika itu dia ____________.
  1.   tidur-tidur itik
  2.   tidur-tidur ayam
  3.   telinga kuali
  4.   telinga nipis

0 pandangan |

Post a Comment

Followers

About Me

ceriterabahasa.blogspot.com merupakan sebuah blog perkongsian ilmu bahasa Melayu untuk manfaat guru-guru, bakal guru, pelajar dan seluruh masyarakat Malaysia.

Text Widgets

ceriterabahasa.blogspot.com merupakan sebuah blog perkongsian ilmu bahasa Melayu untuk manfaat guru-guru, bakal guru, pelajar dan seluruh masyarakat Malaysia.

Masa itu emas

ceriterabahasa.blogspot.com

ceriterabahasa.blogspot

Free HTML Codes

Halwa telinga


lalalalalalaa..

Daisypath Friendship tickers
.

Pages


kamu pelawat ke...

Website counter
Powered by Blogger.

About Me

............
tanjung malim perak, Malaysia
Kami merupakan bakal-bakal guru bahasa melayu.. terdiri daripada cikgu aishah, cikgu azura, cikgu hafizah dan cikgu hazirah... sedang menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam semester 4.
View my complete profile

tahukan anda?

Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan 'pos laju' menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti.

.

.
banner 1 banner 2