Pantun

Author: ............ Labels::

Anak kucing berlari-lari,
Burung tiung patah sayapnya,
Marilah kita hidup harmoni,
Dokonglah konsep 1 Malaysia,

Rendangnya beringin daunnya lebat,
Tiupan angin melambai-lambai,
Bangsa Malaysia memangnya hebat,
Tiada pernah bercerai-berai,

Kalau diduga tingginya awan,
Tidak tercapai dek pancaindera,
Kalau bersatu menjadi kawan,
Pastilah makmur damai negara,

Jernihnya air ditepi kali
Ramainya pengunjung mandi-manda
Mari kita bersatu hati
Menyahut seruan 1 malaysia

Jangan diusik sarang tebuan,
Kalau dijolok jatuh ke tanah,
Budaya unik jadi tumpuan,
1 Malaysia bangsa berhemah,

 Bersusah payah mencari rezeki,
Pagi menoreh, malam mendulang,
Tolong-menolong bersatu hati,
Rakyat Malaysia rakyat terbilang,

Bukan kata penyubur budi,
Tetapi hati banyak berjasa,
Kerana apa kita berbakti,
Demi menjana 1 Malaysia,

Bunga kertas berwarna ungu
Merah sekali si bunga raya
Semua kaum bersatu padu
Hidup harmoni aman sejahtera

Hang Tuah Laksamana Melaka,
Ingin merisik si Gunung Ledang,
Bersatu rakyat kerana bahasa,
Semakin hari semakin sayang,

Burung kenyalang di jelapang padi,
Terbang hinggap di pohon jambu,
Sesama rakyat menabur budi,
Moga hidup bersatu padu,

 Jangan kerana nila setitik,
Habis rosak susu sebelanga,
1 Malaysia bangsa yang cerdik,
Ambil yang baik buang keruhnya,

Sungguh indah si bunga melati,
Menjadi hiasan si leher jinjang,
Nasi lemak, dim sum dan kari,
Menjadi santapan rakyat berbilang,

Buah sawit jadinya minyak,
Susu getah jadinya tayar,
Rakyat Malaysia kaumnya banyak,
Teguh harmoni kerana benar,

Gagasan baru 1 Malaysia,
Sampai ke telinga tuan dan puan,
Bukan hanya mendengar saja,
Jadikan ia satu pegangan,

Lahirnya seorang menteri,
Asalnya dari seorang guru,
1 Malaysia menjana transformasi,
Kerana rakyat negara maju,

 Biar di mana bumi dipijak,
Tetap di situ langit dijunjung,
Biar di mana kita berpihak,
1 Malaysia tetap disanjung,

Sang bunga rindukan kumbang,
Sang pungguk rindukan bulan,
Rakyat cemerlang, gemilang, terbilang,
Kerana muafakat dalam kehidupan,

Buah hati jadi pujaan,
Sambil lalu kirimkan salam,
1 Malaysia kita terapkan,
Buat pedoman seluruh alam,

Buah nangka masaknya kuning,
Menjadi santapan seisi keluarga,
Jangan pernah kita berpaling,
Teguhkan perpaduan bersama-sama,

Sayang-sayang si anak dara,
Sayang lagi bawak ke hati,
Ikatan bangsa dipelihara,
Dari generasi ke generasi,

 Pengorbanan itu  satu ibadah,
Terserlah semangat kejujurannya,
Hidup masyarakat beramah-tamah,
Malaysia tercinta unggul namanya,

Biarlah ilmu jadi pelita,
Menerangi hidup hingga ke syurga,
Genggamlah semangat 1 Malaysia,
Biar bersatu hidup bahagia,

Mencari rezeki biarlah berkat,
Sambil mencari keredhaanNya,
Bekerjasama hidup muafakat,
Sesama bangsa hubungan dibina,

Kalau memetik bunga di taman,
Pilih yang cantik berbau harum,
Kalau mendamba hidup yang aman,
Pakat berpadu semua kaum,

Berlari-lari anak,
Berkejar-kejar ke hulu,
Jangan hidup berpuak-puak,
Marilah kita berganding bahu,

 Manis sama dirasa,
Pahit sama diluah,
Bercerai kita binasa,
Bersatu kita bertuah,

Pohon beringin daunnya rendang,
Anak raja main buaian,
Marilah kita berkasih sayang,
Sesama kaum kita eratkan,

Ikan kaloi dalam telaga,
Lalu dijala masakkan gulai,
Bersatu hati, jiwa dan raga,
Jika tidak bangsa terkulai.

Mangga muda kelat dimakan,
Sedap dicicah bersama gula,
Tolong menolong jadikan amalan,
Rakyat muafakat pemangkin negara,

Tangan mengambil tangan memberi,
Tangan yang sama bersalam-salaman,
1 Malaysia amanat menteri,
Menjadi penggerak menuju wawasan.

 Pucuk paku daun mengkudu,
Masak lemak cili api,
Rakyat Malaysia bersatu padu,
1 Malaysia kita hayati.

Musim tengkujuh penuh gelombang,
Putus rezeki kampung nelayan,
Jika bersatu tak akan tumbang,
Nescaya hidup bertambah aman.

Dara sunti pujaan ramai,
Jalan melenggang tersenyum-senyum,
Negara Malaysia aman dan damai,
Kerana perpaduan berbilang kaum.

Anak teruna putus kasihnya,
Membawa diri di pinggir kali,
Dengarlah ini satu Malaysia,
Satu gagasan penuh bererti.

Bunga raya bunga kebangsaan,
Berkibar megah jalur gemilang,
Marilah kita pesan berpesan,
Kerana perpaduan negara terbilang,

 Anak jantan darahnya panas,
Kalau dicabar menjadi-jadi,
Tolong-menolong hati yang ikhlas,
Sesama kaum kita hormati,

Pukul lima pergi ke pasar,
Pukul enam balik semula,
Amanat menteri memangnya besar,
Tak lain tak bukan 1 Malaysia.

Budak-budak makan budu,
Dicicah bersama dengan keropok,
Kalau anda ingin tahu,
1 Malaysia tak akan lapuk,

Berjuang pahlawan di medan perang,
Sanggup berkorban bermati-matian,
Niat yang baik jangan dihalang,
Berbilang kaum kita satukan,

Sungguh cantik warna belalang,
Hinggapnya hanya di daun keladi,
Jangan pernah jadi petualang,
Lebih baik bersatu hati,

 Kakak tua bijak bestari,
Pandai meniru bicara manusia,
1 Malaysia gagasan lestari,
Demi membina negara bangsa,

Kura-kura berjalan lambat,
Arnab pula bersikap sombong,
Perpaduan kaum haruslah kuat,
Setiap bangsa sokong-menyokong,

Indah sungguh sinar pelangi,
Ramah menyapa selepas hujan,
Bangsa bersatu teguh berdiri,
Seluruh dunia jadi sebutan,

Gagahnya paglima kerana lembing,
Tergurisnya rasa kerana bahasa,
Bersama usaha kita gembling,
Menuju gagasan 1 Malaysia,

Siulan seruling memecah sunyi,
Merdu menerpa dinginnya malam,
Keamanan negara kita nikmati,
Hulurkan tangan sambutlah salam,

 Anggun ayu kuntuman bunga,
Menjadi risikan kumbang idaman,
Bersatu hati seia sekata,
Menjadi ikutan zaman berzaman,

Teguh karang di badai gelombang,
Punah resah dihambat duka,
Rasa kasih bukan kepalang,
Bangsa Malaysia bangsa tercinta,

Biar bibir mengukir bicara,
Jangan telinga menjadi tuli,
Katakan kasih sayangkan negara,
1 Malaysia sebagai bukti,

Buah belimbing di atas para,
Ambil pisau tolong potongkan,
Perdana menteri selalu bicara,
Bersatu padu eratkan hubungan,

Suara camar bernyanyi-nyanyi,
Angin bertiup datang menyapa,
Rakyat Malaysia bermotivasi,
Menyahut seruan 1 Malaysia.



nukilan : Aishah





0 pandangan |

Post a Comment

Followers

About Me

ceriterabahasa.blogspot.com merupakan sebuah blog perkongsian ilmu bahasa Melayu untuk manfaat guru-guru, bakal guru, pelajar dan seluruh masyarakat Malaysia.

Text Widgets

ceriterabahasa.blogspot.com merupakan sebuah blog perkongsian ilmu bahasa Melayu untuk manfaat guru-guru, bakal guru, pelajar dan seluruh masyarakat Malaysia.

Masa itu emas

ceriterabahasa.blogspot.com

ceriterabahasa.blogspot

Free HTML Codes

Halwa telinga


lalalalalalaa..

Daisypath Friendship tickers
.

Pages


kamu pelawat ke...

Website counter
Powered by Blogger.

About Me

............
tanjung malim perak, Malaysia
Kami merupakan bakal-bakal guru bahasa melayu.. terdiri daripada cikgu aishah, cikgu azura, cikgu hafizah dan cikgu hazirah... sedang menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam semester 4.
View my complete profile

tahukan anda?

Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan 'pos laju' menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti.

.

.
banner 1 banner 2