KATA GANDA

Author: ............ Labels::

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh......


Sungguh indah rasanya jika ucapan itu dapat diperdengarkan di telinga, tetapi buat masa sekarang saya hanya mampu menulisnya......=) wah.....pengenalan sudah, merepek pun sudah....kiranya sudah sampai masa kami tunaikan janji untuk berkongsi sedikit ilmu berkenaan tatabahasa bahasa Melayu, bahasa ibunda tercinta kita semua (harap-harap begitulah). Alhamdulillah, bersyukur saya sekali lagi kerana masih berkesempatan untuk melakukan sedikit perkongsian yang tidak seberapa ini, berbekalkan ilmu yang amat terbatas di dada. Suka untuk saya tekankan, biar apa pun bahasa yang datang kepada kita, jangan sesekali dipinggirkan bahasa Melayu kerana sesungguhnya bahasa adalah jiwa bangsa, bahasa mencerminkan bangsa, bahasa juga adalah cerminan budaya. Sudah cukup panjang rasanya mukadimah ini  dan saya rasa pembaca pun dah tak sabar menanti isi utama entri kali ini.Sebentar....sebentar........sabar ya wahai pembaca sekalian huhuhu.......Sebenarnya, hari ini saya tertarik untuk menulis tentang kata ganda iaitu salah satu bentuk kata yang terdapat dalam bahasa Melayu selain kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata akronim. Seterusnya, marilah kita lihat definisi sebenar kata ganda dan jenis-jenisnya.

Kata Ganda

Kata ganda atau kata ulang ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu, dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan (Tatabahasa Dewan 1993 : 49).

Jenis Kata Ganda

Terdapat pelbagai pendapat daripada ahli bahasa mengenai penjenisan kata ganda ini, tetapi bagi tujuan pengajaran di sekolah penjenisan kata ganda menurut Tatabahasa Dewan adalah yang terbaik untuk diikuti. Kata ganda ada tiga jenis iaitu kata ganda iaitu penuh/seluruh, kata ganda separuh/separa dan kata ganda berima/berentak/bersajak.

a) Kata ganda penuh
    Kata ganda penuh atau seluruh berlaku apabila seluruh kata dasar sesuatu perkataan dilulang atau
    digandakan. Kata ganda jenis ini terbahagi kepada dua iaitu 

    1. Penggandaan kata dasar yang tidak mempunyai imbuhan
       
       contohnya:
       makan           -    makan-makan
       kecil              -    kecil-kecil
       sama             -    sama-sama

    2. Penggandaan kata dasar yang menerima imbuhan
   
       contohnya:
       kehendak      -    kehendak-kehendak
       pelari            -     pelari-pelari
       persatuan      -    persatuan-persatuan

b) Kata ganda separa/separuh
    kata ganda separa berlaku apabila sebahagian kata dasar diulang. Penggandaan ini boleh berlaku pada 
    kata tunggal atau kata terbitan. Kata dasar diulang pada suku kata pertamanya. Bunyi vokal dalam bentuk
    penggandaan ini akan mengalami proses pelemahan menjadikannya vokal e pepet.

    1. kata ganda separa tunggal

    contoh :
    laki       -    lalaki         -    lelaki
    jentik    -    jenjentik    -    jejentik
    pohon   -   popohon    -    pepohon

    2. kata ganda separa terbitan

    contoh :
    berkali-kali (penggandaan berlaku pada bahagian belakang kata dasar)
     
    masak-memasak (penggandaan separa berlaku pada bahagian hadapan kata dasar)

 c) Kata Ganda Berima/berentak/bersajak
     Kata ganda berima/berentak/bersajak melibatkan permainan bunyi tertentu dalam sebutan. Kata ganda 
     berima terbahagi kepada :
     
     1. Penggandaan berentak pengulangan vokal 

      contoh :
      hina-dina
      selok-belok
      cerai-berai
    
     2. Penggandaan berentak pengulangan konsonan

     contoh:
     batu-batan
     bolak-balik
     kayu-kayan
  
     3. Penggandaan berentak bebas 

     contoh:
     lintang-pukang
     kusut-masai
     ipar-duai

Penggandaan bersisipan juga  ada dalam bahasa Melayu.

     tali        -     tali-temali
     jari       -     jari-jemari
     gilang   -     gilang-gemilang 

Penggandaan dapat juga dilakukan pada kata tugas.

     bukan   -     bukan-bukan
     entah    -     entah-entah
     lagi       -     lagi-lagi

Kata majmuk juga boleh digandakan. Kata majmuk apabila digandakan menghasilkan dua bentuk.

1. Kata majmuk yang ditulis terpisah, kata yang pertama sahaja yang digandakan.
   
    kertas kerja      -    kertas-kertas kerja
    guru besar        -    guru-guru besar
    mata pelajaran  -    mata-mata pelajaran

2.Kata majmuk yang ditulis bercantum, seluruh kata itu digandakan.

   setiausaha          -     setiausaha-setiausaha
   tandatangan       -     tandatangan-tandatangan
   jawatankuasa    -      jawatankuasa-jawatankuasa

Nampaknya setakat ini dahulu perkongsian saya buat kali ini. Semoga para pembaca sekalian mendapat manfaat dan maklumat yang berguna serta diamalkan untuk kebaikan. =)

Tetapi sebelum saya terlupa, ingin saya kongsikan di sini, satu video berkenaan kata ganda yang dapat membantu para guru sekalian menjalankan proses pengajaran, dan bagi pelajar dapat memudahkan pemahaman. Sila dengarkan!



0 pandangan |

Post a Comment

Followers

About Me

ceriterabahasa.blogspot.com merupakan sebuah blog perkongsian ilmu bahasa Melayu untuk manfaat guru-guru, bakal guru, pelajar dan seluruh masyarakat Malaysia.

Text Widgets

ceriterabahasa.blogspot.com merupakan sebuah blog perkongsian ilmu bahasa Melayu untuk manfaat guru-guru, bakal guru, pelajar dan seluruh masyarakat Malaysia.

Masa itu emas

ceriterabahasa.blogspot.com

ceriterabahasa.blogspot

Free HTML Codes

Halwa telinga


lalalalalalaa..

Daisypath Friendship tickers
.

Pages


kamu pelawat ke...

Website counter
Powered by Blogger.

About Me

............
tanjung malim perak, Malaysia
Kami merupakan bakal-bakal guru bahasa melayu.. terdiri daripada cikgu aishah, cikgu azura, cikgu hafizah dan cikgu hazirah... sedang menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam semester 4.
View my complete profile

tahukan anda?

Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan 'pos laju' menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti.

.

.
banner 1 banner 2