soalan-soalan bahasa Melayu
Author: ............ Labels:: KOLEKSI SOALAN
Kertas 1 | Masa: 1 jam 30 minit |
Tiap-tiap soalan atau mernyataan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Terdapat satu sahaja jawapan yang betul atau yang paling sesuai. Pilih jawapan itu.
Soalan 1 hingga 6
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikut.
Antartika kini sedang mengalami musim panas dan ini bermakna lapisan lubang ozon muncul sernula.
Sejak kemunculan lubang pada lapisan ozon dilaporkan buat pertama kali pada tahun 1985, tumpuan ke arah melindungi lapisan udara kasar ini nampaknya seakan terhenti seketika sehingga membolehkan pancaran cahaya lampu ungu menembusi permukaan bumi tanpa sebarang halangan.
Kerosakan pada lubang ozon pada tahun ini dikatakan adalah yang paling buruk berbanding sebelumnya. Menurut Pertubuhan Kajicuaca Dunia Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 70 peratus daripada lapisan ozon di Antartika kini terhapus. Biarpun kesannya boleh dianggap baik di kawasan garis lintang beriklim sederhana, namun lapisan ozon yang semakin nipis di kebanyakan tempat lain dunia memberi kesan negatif terhadap haiwan, tumbuh-tumbuhan dan menyebabkan manusia mudah terkena kanser kulit, memusnahkan sistem pertahanan diri dan membantutkan pertumbuhan akibat terlalu banyak terdedah kepada cahaya lampu ungu.
Kerosakan lapisan ozon ini sebenarnya disebabkan oleh bahan-bahan kimia yang dihasilkan oleh manusia sendiri, seperti Chlorofluorocarbous (CFCs) yang digunakan sebagai cecair penyejuk (Coolants), bahan pencuci, buih untuk membuat plastik dan hos api (fire extinguishers).
Di bawah Persetujuan Montreal 1987, negara-negara yang mengeluarkan bahan-bahan kimia dikehendaki mematuhi peraturan tertentu. Kebanyakan syarikat-syarikat yang mengeluarkan bahan kimia kini berjaya mengawal kemusnahan lapisan ozon lebih pantas berbanding saranan yang dikehendaki oleh Persetujuan Montreal.
0 pandangan |